PENDAHULUAN
Pukat serkap sotong atau di kenali nama tempatan pukat sotong di
kuala Besut, Tok Bali dan Tumpat,kelantan yang berbentuk seperti jala. Ia satu warisan yang kian
pupus pada masa sekarang kerana memerlukan kemahiran buruh yang agak tinggi
kerana penggunaan alatan yang agak sukar. Selain itu ia memerlukan modal yang
tinggi. Harga modal setiap keluar ke laut RM2500.00 dan keuntungan setiap
1bulan/20 hari selepas di tolak modal antara RM40000.00. Pendapatan ia agak
lumayan tetapi memerlukan modal yang agak tinggi untuk mendapatkan keuntungan.
Setiap masuk dalam satu keluar ke laut dalam RM3000.00-RM4000.00. Paling lama
di laut 5 hari biasanya sotong yang di tangkapan dalam 935kg. Pukat ini hanya
memukat ikan dan sotong di tengah air dan tidak memudaratkan hidupan di dasar
laut seperti batu karang dan lain-lain lagi. Lokasi bot ini beroperasi dan
berlabuh di perairan Besut, Tok Bali dan Tumpat. Di Terengganu hanya 10 biji
bot pukat sotong dan di kawasan pantai timur hanya 37 sahaja. Kelantan hanya 27
buah bot sahaja. Bilangan bot pukat sotong sedikit kerana lesen untuk memohon
pukat sotong adalah sedikti. Kouta untuk lesen pukat sotong adalah sedikit.
Pukat serkap sotong adalah warisan yang tidak terhingga kerana ia berbeza yang
amat ketara berbanding pukat lain. Ia banyak menggunakan alatan tradisional dan
yang amat banyak tali yang memeningkan kepala sahaja jika di lihat. Kepakaran
yang penting dalam mengendalikan pukat ini. Menurut kata kapten bot pukat
sotong pihak LKIM hendak memperbarui perikanan pukat sotong pukat sotong di
kuantan kerana pendapatan ia sangat lumayan. Selain lesennya yang agak terhad
dan payah di dapati serta sukar di pohon semula. Ini satu cara LKIM memelihara
warisan pukat sotong yang kian pupus yang dapat memberikan keuntungan yang
berlipat kali ganda kepada nelayan selain menjaga ekosistem laut.
REKA
BENTUK ATAU GAMBAR RAJAH
PERHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ENCIK
MUHAMMAD kapten atau tekong kepada 5 orang awak-awak yang mesra dan sudi
memberi saya menemu ramah beliau dan awak-awaknya. Dengan peluang yang ini
dapat lagi menambah lagi ilmu saya sebagai pelajar diploma perikanan. Saya
ingin mengucap ucap banyak terima kasih kepada nelayan lain dan abang saya yang
memberitahu lokasi bot pukat sotong ini beroperasi. Saya juga ingin ucap terima
kasih kepada ENCIK MUHAMMAD yang memberi maklumat kepada dengan tepat. Selain
itu, beliau mempelawa beliau sudi mempelawa kami pergi keluar menangkap sotong
dan ikan bersama beliau supaya saya dapat merasai pengalaman dan mengetahui
cara-cara penggunaan pukat serkap sotong. Saya terpaksa melepaskan peluang
keemasan kerana keadaan tidak menyebelahi saya. Saya harap ENCIK MUHAMMAD
panjang umur disamping awak-awak yang setia dan botnya KNF 6729 mendapat rezeki
yang yang berpanjangan lagi.
KEADAH
OPERASI
Pukat serkap sotong beroperasi dengan menggunakan alatan
seperti galah/buluh panjang, tali ,kren, wayar elektrik, api anak(spot light di
dalam air), spot light, mentol jantung, generator(enjin api HINO 100),
pelampung, ECHO SOUNDER, GPS(global positioning system), radio/wireless, pukat
dan sauh serta peralatan yang lain. Nelayan pukat sotong biasanya keluar pada
waktu petang dan masuk ke pelabuhan pada
waktu pagi. Sebelum memukat biasa tekong(kapten) akan menyiapkan peralatan ini
terlebih dahulu. Pertamanya spot light dan api jantung di pasang selepas
maghrib. Biasanya sejam atau setengah jam mengambil masa untuk menyiapkan pukat.
Biasanya 4 orang sudah cukup untuk kerja memukat di jalankan. Peralatan di
perbetulkan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja memukat di jalankan. Semasa
memukat sauh akan di labuhkan supaya ikan dan sotong mengejar pergerakan bot
yang hanyut arus air laut. Selepas itu, dua batang galah panjang di perbuat
dari kayu atau buluh di buka ke sisi bot. Selain itu, pukat tadi mempunyai
empat tali iaitu dua atas dan dua bawah. Kemudiannya, Ia di letakkan di atas
galah tersangkut dengan tali. Ia terbuka empat segi, api anak di letak di dalam
air di bawah pukat. Apabila ikan dan sotong timbul tertarik dengan cahaya spot
light dan metol jantung dengan perlahan-lahan mentol jantung dan spot light di
tutup satu demi satu supaya ikan dan sotong tertarik pada api anak di dalam
air. Kemudian lampu itu di tarik perlahan-lahan ke tepi bot dan di angkat ke
atas bot. Selepas itu empat tali yang tergantung di atas galah di lepas
bersama. Kemudian pukat itu jatuh seperti jala. Tetapi pukat ini menggunakan
mata di atas dan di bawah bersaiz dua inci (pukat tangsi hijau) serta di tengah
pukat menggunakan pukat benang dengan mata bersaiz seinci suku. Kemudian bawah
pukat itu akan tertutup seperti jala dan jatuh 5 lima minit sahaja, kemudian
empat tali di ikat bersama dan di tarik dan di angkat menggunakan kren. Keadah
ini sama seperti pukat jerut. Pukat ini boleh beroperasi lebih kurang 13 kali
dalam satu malam. Beroperasi paling lama 5 hari, bulan cerah tidak ke laut
kerana cahaya mengurangkan hasil tangkapan. Beroperasi 17-18 dalam bulan melayu
lebih kurang 20 hari sebulan bergantung faktor pada cahaya bulan. Hanya bot bersaiz
A sahaja. Hasil tangkapan biasanya ikan tongkol/aya, kembung, selar, sotong
mengabang, sotong jarum, sotong torak dan sotong ketupat
KAWASAN
OPERASI
Pukat ini hanya beroperasi di kawasan pulau-pulau
seperti Pulau Bidong, Pulau Redang, Pulau Bara, Pulau Perhentian dan
Pulau-Pulau di sekitar di dearah Setiu, Besut, Tok bali dan Tumpat Kelantan.
Pukat ini tidak bergantung pada unjam seperti pukat kilat (pukat jerut malam).
Biasanya nelayan pukat sotong pergi tempat lubuk ikan seperti kawasan
berhampiran batu, kawasan batu karang dan yang strategik yang banyak ikan.
Pukat sotong tidak beroperasi menggunakan unjam seperti pukat jerut kerana ia
menarik perhatian ikan dan sotong dengan menggunakan cahaya lampu yang amat
terang. Ia tiadak beroperasi di taman laut di kerana ia satu kesalahan,
biasanya ia mengambil kedudukan jauh dari karang taman laut. Pukat ini amat
sesuai di gunakan di kawasan laut yang tidak berbatu dan berkarang. Pukat ini
juga boleh beroperasi di kawasan unjam yang kedalaman 90 depa kedalamannya.
Pukat ini hanya mengambil hidupan di atas air dan pertengahan air. Nelayan
pukat serkap sotong tidak akan beroperasi pada bulan cerah atau siang hari
kerana hidupan air berada dalam keadaan rata. Pada waktu malam juga hidupan air
berada keadaan rata jika bulan cerah. Mereka ini beroperasi pada waktu malam
yang gelap kerana lampu mereka menarik perhatian hidupan air. Biasanya nelayan
tidak akan pergi jauh melebihi kawasan pulau.
SUSUNAN
GELADAK/DEK(ALAT ADA DI BOT)
·
SPOT LIGHT
·
MENTOL JANTUNG (400, 500 WATT
·
WIRERING (RM3OOOO.00)
·
GENERATOR (HINO 100, BERAT 4OKG)
·
TALI (TALI PUKAT 35 DEPA TALI NO.18)
·
KREN
·
SAUH
·
API ANAK(SPOT DI DALAM AIR)
·
BAKUL/CEPER
·
KASUT GETAH
·
TONG FIBER
·
AIR BATU (PALING PENTING)
·
ECHO SOUNDER
·
GPS
(GLOBAL POSITIONING SYSTEM)
·
RADIO/WIRELESS
·
PUKAT (MATA TANGSI HIJAU ATAS DAN BAWAH
2INCI) (MATA BENANG DI TENGAH SEINCI SUKU) (PANJANG PUKAT 43 DEPA)
·
GELANG TIMAH/TEMBAGA (3, 5, 8 KATI)
·
TIMAH PUKAT (8BIJI 1KG)
·
SUIS SPOT LIGHT DAN MENTOL JANTUNG
·
KOMPAS
·
SAUH
·
TONG DRAM
·
PELAMPUNG
FAKTOR
YANG MEMPENGARUHI TANGKAPAN
Tangkapan bergantung pada musim sotong dan mencandat
sotong. Paling baik untuk beroperasi pada bulan gelap. Biasanya bulan cerah
nelayan pukat sotong tidak akan ke laut kerana hasil tangkapan yang akan dapat
sedikit sahaja dan tidak menguntungkan. Biasanya dalam 20 hari satu bulan pukat
serkap sotong ini beroperasi selebihnya seminggu atau dua minggu mereka berehat
menjahit kerosakan pukat dan bot. Nelayan pukat serkap sotong ini beropersi
17-18 dalam bulan melayu dan bulan inggeris hanya 20 hari sahaja Musim
tengkujuh nelayan ini tidak keluar kerana faktor air yang bergelora dan hasil
tangkapan ia yang amat sedikit. Biasanya, musim memukat pada bulan 4-9 yang paling
menguntungkan. Bulan 1 juga pukat ini boleh di gunakan sebelum datang lagi satu
gelombang tengkujuh yang terakhir. Pada masa ini keadaan tenang sesuai untuk
menangkap sotong dan ikan dan memberi peluang kepada nelayan pukat sotong
menjana pendapatan. Keadaan tenang ini di panggil oleh nelayan “jelok”.
KESAN
PENGGUNAAN ALATAN TERHADAP SUMBER PERIKANAN
Kesan posotif dengan penggunaan pukat serkap sotong atau
nama tempatan pukat sotong kerana penggunaan pukat seperti jala ini hanya
menangkap hidupan di dasar air. Selain itu, pukat ini tidak melibatkan
gangguan, kemusnahan batu karang dan perairan pulau yang menjadi lokasi utama
bagi nelayan pukat sotong. Pukat ini juga lebih selamat daripada pukat tunda
yang lebih ganas berbanding pukat sotong. Pukat ini tidak terlibat penangkapan
hidupan di dasar air kerana ia di reka khas supaya dapat menangkap hidupan di
pertengahan dan di atas air. Ini kelebihan
pukat sotong yang menjaga kestabilan batu karang dan hidupan di dasar
air. Pukat ini tidak banyak di gunakan kerana kemahiran mengendali banyak
peralatan terutamanya tali yang banyak di gunakan semasa memukat. Pukat
ini juga seperti pupus di telan zaman
sahaja kerana ada 10 buah di Terengganu Besut dan selebihnya Tok Bali dan
Tumpat Kelantan dalam 27. Mungkin kesan negatif bagi pukat ini ialah hidupan
kecil masuk semasa memukat seperti anak ikan dan anak sotong yang tinggal di
pertengahan air dan di atas air. Di sebabkan mata pukat yang di gunakan mungkin
risiko untuk hidupan kecil lain masuk agak tinggi. Untuk hidupan di dasar tiada
gangguan keran pukat ini khas untuk di atas dan di pertengahan air
CADANGAN MENINGKATKAN KECEKAPAN ALAT
Harapan saya untuk menjadikan sotong lebih cekap memukat
dari biasa ia menyediakan peralatan yang canggih seperti menggantikan galah
(kayu panjang atau buluh) dengan kren yang memakai sistem haidraulik yang
mempercepatkan lagi kerja dan mengurangkan penggunaan buruh. Menggunakan pukat
yang lebih luas dan kren yang lebih panjang yang dapat memudahkan lagi
kerja-kerja penangkapan dan meningkatan hasil pendapatan. Menyediakan lebih
banyak galah yang bersistem haidraulik yang membolehkan mereka memukat tiga
pukat dalam satu masa. Meletakkan dua kren di kiri , dua di kanan dan dua di
belakang. Ia membolehkan nelayan pukat serkap sotong memukat tiga kali dalam
satu masa. Membolehkan pukat serkap sotong ini menangkap sotong di atas air di
pertengahan air dan di dasar. Perlu membuat satu isentif yang baru yang dapat
membuat ini lebih cekap lagi. Membuat pukat ini lebih lebar, luas dan dalam
lagi supaya dapat menangkap semua sotong dan ikan. Membuat galah yang panjang
dengan sistem haidraulik yang dapat di
pendekkan dan boleh di panjangkan lebih luas yang dapat menampung pukat yang
lebar.
FISHERIES STUDENT?? YOU ROCK BRO..THANKSSSSSS A LOT!:))
ReplyDeleteyeah...i,m diploma student...as ur senior i will help my junior
DeleteSemua budak fisheries terhutang budi dengan lu bro. Thanks! :)
ReplyDeletexhal kwn..kena tlg adik2..
Deletesesiapa yang nk copy pasal pukat sotong, sy xmarah. nk tahu detail pasal perkara ini, jgn malu jgn segan pergi je kuala besut, tok bali dan tumpat. mmg dh maklumat lebih detail.
ReplyDelete