Saturday, March 6, 2010


PENDAHULUAN

Pukat serkap sotong atau di kenali nama tempatan pukat sotong di kuala Besut, Tok Bali dan Tumpat,kelantan  yang berbentuk seperti jala. Ia satu warisan yang kian pupus pada masa sekarang kerana memerlukan kemahiran buruh yang agak tinggi kerana penggunaan alatan yang agak sukar. Selain itu ia memerlukan modal yang tinggi. Harga modal setiap keluar ke laut RM2500.00 dan keuntungan setiap 1bulan/20 hari selepas di tolak modal antara RM40000.00. Pendapatan ia agak lumayan tetapi memerlukan modal yang agak tinggi untuk mendapatkan keuntungan. Setiap masuk dalam satu keluar ke laut dalam RM3000.00-RM4000.00. Paling lama di laut 5 hari biasanya sotong yang di tangkapan dalam 935kg. Pukat ini hanya memukat ikan dan sotong di tengah air dan tidak memudaratkan hidupan di dasar laut seperti batu karang dan lain-lain lagi. Lokasi bot ini beroperasi dan berlabuh di perairan Besut, Tok Bali dan Tumpat. Di Terengganu hanya 10 biji bot pukat sotong dan di kawasan pantai timur hanya 37 sahaja. Kelantan hanya 27 buah bot sahaja. Bilangan bot pukat sotong sedikit kerana lesen untuk memohon pukat sotong adalah sedikti. Kouta untuk lesen pukat sotong adalah sedikit. Pukat serkap sotong adalah warisan yang tidak terhingga kerana ia berbeza yang amat ketara berbanding pukat lain. Ia banyak menggunakan alatan tradisional dan yang amat banyak tali yang memeningkan kepala sahaja jika di lihat. Kepakaran yang penting dalam mengendalikan pukat ini. Menurut kata kapten bot pukat sotong pihak LKIM hendak memperbarui perikanan pukat sotong pukat sotong di kuantan kerana pendapatan ia sangat lumayan. Selain lesennya yang agak terhad dan payah di dapati serta sukar di pohon semula. Ini satu cara LKIM memelihara warisan pukat sotong yang kian pupus yang dapat memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda kepada nelayan selain menjaga ekosistem laut.
REKA BENTUK ATAU GAMBAR RAJAH

     



































































                                                 PERHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ENCIK MUHAMMAD kapten atau tekong kepada 5 orang awak-awak yang mesra dan sudi memberi saya menemu ramah beliau dan awak-awaknya. Dengan peluang yang ini dapat lagi menambah lagi ilmu saya sebagai pelajar diploma perikanan. Saya ingin mengucap ucap banyak terima kasih kepada nelayan lain dan abang saya yang memberitahu lokasi bot pukat sotong ini beroperasi. Saya juga ingin ucap terima kasih kepada ENCIK MUHAMMAD yang memberi maklumat kepada dengan tepat. Selain itu, beliau mempelawa beliau sudi mempelawa kami pergi keluar menangkap sotong dan ikan bersama beliau supaya saya dapat merasai pengalaman dan mengetahui cara-cara penggunaan pukat serkap sotong. Saya terpaksa melepaskan peluang keemasan kerana keadaan tidak menyebelahi saya. Saya harap ENCIK MUHAMMAD panjang umur disamping awak-awak yang setia dan botnya KNF 6729 mendapat rezeki yang yang berpanjangan lagi.




               



KEADAH OPERASI

Pukat serkap sotong beroperasi dengan menggunakan alatan seperti galah/buluh panjang, tali ,kren, wayar elektrik, api anak(spot light di dalam air), spot light, mentol jantung, generator(enjin api HINO 100), pelampung, ECHO SOUNDER, GPS(global positioning system), radio/wireless, pukat dan sauh serta peralatan yang lain. Nelayan pukat sotong biasanya keluar pada waktu petang  dan masuk ke pelabuhan pada waktu pagi. Sebelum memukat biasa tekong(kapten) akan menyiapkan peralatan ini terlebih dahulu. Pertamanya spot light dan api jantung di pasang selepas maghrib. Biasanya sejam atau setengah jam mengambil masa untuk menyiapkan pukat. Biasanya 4 orang sudah cukup untuk kerja memukat di jalankan. Peralatan di perbetulkan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja memukat di jalankan. Semasa memukat sauh akan di labuhkan supaya ikan dan sotong mengejar pergerakan bot yang hanyut arus air laut. Selepas itu, dua batang galah panjang di perbuat dari kayu atau buluh di buka ke sisi bot. Selain itu, pukat tadi mempunyai empat tali iaitu dua atas dan dua bawah. Kemudiannya, Ia di letakkan di atas galah tersangkut dengan tali. Ia terbuka empat segi, api anak di letak di dalam air di bawah pukat. Apabila ikan dan sotong timbul tertarik dengan cahaya spot light dan metol jantung dengan perlahan-lahan mentol jantung dan spot light di tutup satu demi satu supaya ikan dan sotong tertarik pada api anak di dalam air. Kemudian lampu itu di tarik perlahan-lahan ke tepi bot dan di angkat ke atas bot. Selepas itu empat tali yang tergantung di atas galah di lepas bersama. Kemudian pukat itu jatuh seperti jala. Tetapi pukat ini menggunakan mata di atas dan di bawah bersaiz dua inci (pukat tangsi hijau) serta di tengah pukat menggunakan pukat benang dengan mata bersaiz seinci suku. Kemudian bawah pukat itu akan tertutup seperti jala dan jatuh 5 lima minit sahaja, kemudian empat tali di ikat bersama dan di tarik dan di angkat menggunakan kren. Keadah ini sama seperti pukat jerut. Pukat ini boleh beroperasi lebih kurang 13 kali dalam satu malam. Beroperasi paling lama 5 hari, bulan cerah tidak ke laut kerana cahaya mengurangkan hasil tangkapan. Beroperasi 17-18 dalam bulan melayu lebih kurang 20 hari sebulan bergantung faktor pada cahaya bulan. Hanya bot bersaiz A sahaja. Hasil tangkapan biasanya ikan tongkol/aya, kembung, selar, sotong mengabang, sotong jarum, sotong torak dan sotong ketupat



KAWASAN OPERASI

Pukat ini hanya beroperasi di kawasan pulau-pulau seperti Pulau Bidong, Pulau Redang, Pulau Bara, Pulau Perhentian dan Pulau-Pulau di sekitar di dearah Setiu, Besut, Tok bali dan Tumpat Kelantan. Pukat ini tidak bergantung pada unjam seperti pukat kilat (pukat jerut malam). Biasanya nelayan pukat sotong pergi tempat lubuk ikan seperti kawasan berhampiran batu, kawasan batu karang dan yang strategik yang banyak ikan. Pukat sotong tidak beroperasi menggunakan unjam seperti pukat jerut kerana ia menarik perhatian ikan dan sotong dengan menggunakan cahaya lampu yang amat terang. Ia tiadak beroperasi di taman laut di kerana ia satu kesalahan, biasanya ia mengambil kedudukan jauh dari karang taman laut. Pukat ini amat sesuai di gunakan di kawasan laut yang tidak berbatu dan berkarang. Pukat ini juga boleh beroperasi di kawasan unjam yang kedalaman 90 depa kedalamannya. Pukat ini hanya mengambil hidupan di atas air dan pertengahan air. Nelayan pukat serkap sotong tidak akan beroperasi pada bulan cerah atau siang hari kerana hidupan air berada dalam keadaan rata. Pada waktu malam juga hidupan air berada keadaan rata jika bulan cerah. Mereka ini beroperasi pada waktu malam yang gelap kerana lampu mereka menarik perhatian hidupan air. Biasanya nelayan tidak akan pergi jauh melebihi kawasan pulau.



SUSUNAN GELADAK/DEK(ALAT ADA DI BOT)

·         SPOT LIGHT
·         MENTOL JANTUNG (400, 500 WATT
·         WIRERING (RM3OOOO.00)
·         GENERATOR (HINO 100, BERAT 4OKG)
·         TALI (TALI PUKAT 35 DEPA TALI NO.18)
·         KREN
·         SAUH
·         API ANAK(SPOT DI DALAM AIR)
·         BAKUL/CEPER
·         KASUT GETAH
·         TONG FIBER
·         AIR BATU (PALING PENTING)
·         ECHO SOUNDER
·          GPS (GLOBAL POSITIONING SYSTEM)
·         RADIO/WIRELESS
·         PUKAT (MATA TANGSI HIJAU ATAS DAN BAWAH 2INCI) (MATA BENANG DI TENGAH SEINCI SUKU) (PANJANG PUKAT 43 DEPA)
·         GELANG TIMAH/TEMBAGA (3, 5, 8 KATI)
·         TIMAH PUKAT (8BIJI 1KG)
·         SUIS SPOT LIGHT DAN MENTOL JANTUNG
·         KOMPAS
·         SAUH
·         TONG DRAM
·         PELAMPUNG





FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TANGKAPAN

Tangkapan bergantung pada musim sotong dan mencandat sotong. Paling baik untuk beroperasi pada bulan gelap. Biasanya bulan cerah nelayan pukat sotong tidak akan ke laut kerana hasil tangkapan yang akan dapat sedikit sahaja dan tidak menguntungkan. Biasanya dalam 20 hari satu bulan pukat serkap sotong ini beroperasi selebihnya seminggu atau dua minggu mereka berehat menjahit kerosakan pukat dan bot. Nelayan pukat serkap sotong ini beropersi 17-18 dalam bulan melayu dan bulan inggeris hanya 20 hari sahaja Musim tengkujuh nelayan ini tidak keluar kerana faktor air yang bergelora dan hasil tangkapan ia yang amat sedikit. Biasanya, musim memukat pada bulan 4-9 yang paling menguntungkan. Bulan 1 juga pukat ini boleh di gunakan sebelum datang lagi satu gelombang tengkujuh yang terakhir. Pada masa ini keadaan tenang sesuai untuk menangkap sotong dan ikan dan memberi peluang kepada nelayan pukat sotong menjana pendapatan. Keadaan tenang ini di panggil oleh nelayan “jelok”.
KESAN PENGGUNAAN ALATAN TERHADAP SUMBER PERIKANAN

Kesan posotif dengan penggunaan pukat serkap sotong atau nama tempatan pukat sotong kerana penggunaan pukat seperti jala ini hanya menangkap hidupan di dasar air. Selain itu, pukat ini tidak melibatkan gangguan, kemusnahan batu karang dan perairan pulau yang menjadi lokasi utama bagi nelayan pukat sotong. Pukat ini juga lebih selamat daripada pukat tunda yang lebih ganas berbanding pukat sotong. Pukat ini tidak terlibat penangkapan hidupan di dasar air kerana ia di reka khas supaya dapat menangkap hidupan di pertengahan dan di atas air. Ini kelebihan  pukat sotong yang menjaga kestabilan batu karang dan hidupan di dasar air. Pukat ini tidak banyak di gunakan kerana kemahiran mengendali banyak peralatan terutamanya tali yang banyak di gunakan semasa memukat. Pukat ini  juga seperti pupus di telan zaman sahaja kerana ada 10 buah di Terengganu Besut dan selebihnya Tok Bali dan Tumpat Kelantan dalam 27. Mungkin kesan negatif bagi pukat ini ialah hidupan kecil masuk semasa memukat seperti anak ikan dan anak sotong yang tinggal di pertengahan air dan di atas air. Di sebabkan mata pukat yang di gunakan mungkin risiko untuk hidupan kecil lain masuk agak tinggi. Untuk hidupan di dasar tiada gangguan keran pukat ini khas untuk di atas dan di pertengahan air

CADANGAN MENINGKATKAN KECEKAPAN ALAT

Harapan saya untuk menjadikan sotong lebih cekap memukat dari biasa ia menyediakan peralatan yang canggih seperti menggantikan galah (kayu panjang atau buluh) dengan kren yang memakai sistem haidraulik yang mempercepatkan lagi kerja dan mengurangkan penggunaan buruh. Menggunakan pukat yang lebih luas dan kren yang lebih panjang yang dapat memudahkan lagi kerja-kerja penangkapan dan meningkatan hasil pendapatan. Menyediakan lebih banyak galah yang bersistem haidraulik yang membolehkan mereka memukat tiga pukat dalam satu masa. Meletakkan dua kren di kiri , dua di kanan dan dua di belakang. Ia membolehkan nelayan pukat serkap sotong memukat tiga kali dalam satu masa. Membolehkan pukat serkap sotong ini menangkap sotong di atas air di pertengahan air dan di dasar. Perlu membuat satu isentif yang baru yang dapat membuat ini lebih cekap lagi. Membuat pukat ini lebih lebar, luas dan dalam lagi supaya dapat menangkap semua sotong dan ikan. Membuat galah yang panjang dengan  sistem haidraulik yang dapat di pendekkan dan boleh di panjangkan lebih luas yang dapat menampung pukat yang lebar.



5 comments:

  1. FISHERIES STUDENT?? YOU ROCK BRO..THANKSSSSSS A LOT!:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah...i,m diploma student...as ur senior i will help my junior

      Delete
  2. Semua budak fisheries terhutang budi dengan lu bro. Thanks! :)

    ReplyDelete
  3. sesiapa yang nk copy pasal pukat sotong, sy xmarah. nk tahu detail pasal perkara ini, jgn malu jgn segan pergi je kuala besut, tok bali dan tumpat. mmg dh maklumat lebih detail.

    ReplyDelete